Tajuk : CIMB Bantu Kembang Sukan Berbasikal
link : CIMB Bantu Kembang Sukan Berbasikal
CIMB Bantu Kembang Sukan Berbasikal
POPULARITI sukan berbasikal negara semakin meningkat seiring dengan kejayaan ramai atlet yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, termasuk di Sukan Olimpik dan Kejohanan Berbasikal Asia.
Justeru, Kumpulan CIMB menganjurkan CIMB Cycle di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 26 Mac ini bagi menyemarakkan lagi sukan berkenaan.
Ikuti temubual bersama ikon sukan berbasikal negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa berkenaan acara itu, selain berkongsi pandangan mereka berhubung populariti sukan berbasikal di Malaysia.
AZIZULHASNI (kiri) dan Fatehah pada majlis pengumuman pembentukan CIMB Pro Cycling Team di Kuala Lumpur. – Foto Owee Ah Chun
Soalan (S): Apakah pandangan anda tentang populariti sukan berbasikal di Malaysia?
Azizulhasni: Saya lihat sukan berbasikal ini semakin diminati dan semakin popular di Malaysia, bukan sahaja di kalangan remaja atau golongan muda, tetapi juga di kalangan dewasa. Walaupun aktiviti ini dilihat seperti sukan yang ‘dipertandingkan’ pada temasya sukan besar, ia sebenarnya antara sukan yang sesuai dan mudah bagi semua golongan mengambil bahagian.
Fatehah: Bagi saya, aktiviti sukan berbasikal ini semakin berkembang pesat ekoran banyak kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan dan pelbagai aktiviti sukan di tahap nasional seperti Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara, anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Malah, pihak swasta seperti Kumpulan CIMB juga akan menganjurkan acara CIMB Cycle pada 26 Mac di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
S: Boleh terangkan sedikit mengenai acara CIMB Cycle ini?
Fatehah: Acara CIMB Cycle ini akan dibahagikan kepada dua kategori, Endurance Ride 120km dan Challenge Ride 35km. Sebenarnya acara seperti ini boleh disertai bukan sahaja pelumba basikal profesional, malah penunggang kasual pun boleh masuk.
Azizulhasni: Kategori Endurance dan Challenge boleh disertai individu atau sepasukan. Kategori Endurance mempunyai dua acara yang menawarkan hadiah menarik, iaitu Raja Bukit dan Raja Pecut. Hadiah keseluruhan untuk acara CIMB Cycle ialah RM37,000. Kami berdua akan menyertai acara ini, dan kami harap orang ramai dapat sertai beramai-ramai sebab yang penting supaya amalan gaya hidup sihat boleh menjadi gaya dalam masyarakat kita dengan mengimbangi kerja dan riadah. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 12 Mac 2017.
S: Kumpulan CIMB mengumumkan penajaan anda berdua sebagai duta jenama mereka. Apakah perasaan anda dalam menerima tajaan ini?
Azizulhasni: Saya sangat gembira dengan tajaan ini dan juga di atas penubuhan CIMB Pro-Cycling Team. Ini adalah satu platform yang cukup bagus untuk membantu kami memburu pencapaian terbaik di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Tambahan lagi, CIMB adalah satu jenama yang sentiasa ingin maju ke hadapan, selaras dengan nilai-nilai kami sendiri di dalam sukan berbasikal. Saya sebagai atlet profesional akan sentiasa cari peluang untuk meningkatkan prestasi dan daya saing. Oleh itu, ini adalah satu kerjasama yang cukup serasi.
Fatehah: Tajaan Kumpulan CIMB dalam pasukan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini adalah satu peluang yang sangat bermakna buat diri saya. Sebenarnya saya tidak sabar untuk berlatih dengan pasukan baharu ini yang mampu meningkatkan prestasi saya di rantau ASEAN dan mata dunia.
S: Azizul, tahniah di atas kejayaan memenangi pingat emas di dalam acara pecut di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, minggu lalu. Boleh ceritakan sedikit mengenai pengalaman, persiapan, persaingan yang dihadapi, dan perasaan semasa melepasi garisan penamat untuk meraih pingat emas bagi Malaysia itu?
Azizulhasni: Memenangi pingat emas bagi acara pecut ACC di New Delhi, India baru-baru ini menaikkan status saya selaku pemenang di ACC iaitu sebanyak 8 pingat emas. Selepas berehat panjang selama 2 bulan di Malaysia sekembali dari Rio dengan pingat gangsa, saya hanya berpeluang berlatih tidak sampai 2 bulan untuk persiapan ke ACC. Bagaimanapun, saya masih dapat beraksi dengan cemerlang dan ini menunjukkan prestasi meningkat dari setahun ke setahun. Persaingan yang dihadapi amat sengit terutama daripada pelumba Jepun, Korea, dan China. Saya bertembung dengan pemenang pingat emas acara keirin iaitu Yuta Wakimoto di separuh akhir dan perlumbaan amat sengit dengan kemenangan berpihak kepada saya 2-1. Di final, saya melawan rakan sepasukan Wakimoto iaitu Kawabata, dan saya mudah menjinakkan beliau dengan keputusan 2-0!
S: Fatehah, boleh berkongsi dengan kami mengenai kejayaan yang terbaru di dalam mana-mana pertandingan?
Fatehah: Pencapaian terbaru saya ialah di Kejohanan Berbasikal Asia 2017 di New Delhi. Alhamdulillah saya lepas ke final dan mendapat tempat ke-5 di dalam acara keirin dan tempat ke-6 di dalam acara pecut berpasukan.
S: Apakah jenis tajaan Kumpulan CIMB bagi pasukan ini?
Azizulhasni: Apa yang boleh saya kongsikan adalah tajaan ini untuk tempoh empat tahun dan skuad ini juga akan membabitkan Fatehah, Muhammad Khalid Nasiruddin, 18, dan Siti Nur Alia Mansor, 16, iaitu dua pelumba muda dari Terengganu. Kami akan dilatih oleh jurulatih terkemuka, John Beasley yang cukup berpengalaman dalam dunia sukan berbasikal dan telah memupuk ramai atlet menjadi juara. Latihan pasukan CIMB Pro-Cycling akan dijalankan di Melbourne.
S: Jadi apakah sasaran utama pasukan CIMB Pro-Cycling ini?
Azizulhasni: Sememangnya sasaran utama pasukan ini adalah untuk membawa pulang pingat emas yang pertama untuk Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak. Seperti yang ditekan oleh Kumpulan CIMB juga, matlamat pasukan ini dalam tempoh 4 tahun akan datang adalah untuk memupuk bakat-bakat muda seperti Siti Nur Alia dan Muhammad Khalid untuk menjadi atlet pelapis di dalam arena sukan berbasikal Malaysia di masa hadapan.
Fatehah: Di samping itu, saya harap selain daripada sasaran utama skuad CIMB Pro-Cycling, ia juga dapat menjadi satu dorongan dan inspirasi bagi rakyat Malaysia untuk bersama-sama memartabatkan dan meningkatkan populariti sukan berbasikal di Malaysia.
S: Apakah perancangan masa depan anda berdua selain dari menceburi diri di dalam sukan berbasikal?
Azizulhasni: Saya mempunyai matlamat untuk menamatkan pembelajaran ke tahap yang tertinggi dan kini sedang berada di tahun akhir untuk menamatkan Ijazah Sains Sukan Klinikal di Universiti Victoria. Di samping itu, kami juga ingin menyumbang kepakaran dan pengalaman kami dalam sukan ini kepada pembangunan sukan negara pada masa akan datang. Saya juga berminat untuk melakukan kerja amal kepada masyarakat setempat untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Fatehah: Selain sukan berbasikal, saya berminat dalam bidang perniagaan. Sekarang saya ada sebuah restoran di Terengganu yang dikendalikan keluarga saya. Insya-Allah, selepas Tokyo 2020, saya akan menjalankan perniagaan sendiri.
INFO:
CIMB Cycle @ Seri Menanti 2017
Venue: Padang Astaka, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh: 26 Mac 2017 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi hingga 2 petang
Bayaran Pendaftaran: Endurance Ride (120km) RM150, Challenge Ride (35km) RM100
*Sebahagian daripada wang pendaftaran disumbangkan kepada badan kebajikan.
Tarikh tutup pendaftaran: 12 Mac 2017
Laman web: www.cimbcycle.com
Hadiah keseluruhan: RM37,000
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n8Fx02✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara CIMB Bantu Kembang Sukan Berbasikal
Kini anda membaca artikel CIMB Bantu Kembang Sukan Berbasikal dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/cimb-bantu-kembang-sukan-berbasikal.html
0 Response to "CIMB Bantu Kembang Sukan Berbasikal"
Catat Ulasan