Tajuk : Chong Wei Mungkin Tak Jadi Ke New Delhi
link : Chong Wei Mungkin Tak Jadi Ke New Delhi
Chong Wei Mungkin Tak Jadi Ke New Delhi
DATUK Lee Chong Wei. – Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei kemungkinan besar menarik diri daripada saingan Terbuka India di New Delhi yang bermula 28 Mac hingga 2 April ini.
Pemain nombor satu dunia itu yang masih segar dengan kejuaraan keempat Seluruh England, Ahad lalu merasakan dia mungkin keletihan jika beraksi dalam dua kejohanan berturut-turut termasuk Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak bermula 4 hingga 9 April ini.
“Saya akan bincang mengenai perkara ini dengan jurulatih (Hendrawan dan Tey Seu Bock) sebelum membuat sebarang keputusan. Buat masa sekarang, nama saya masih ada untuk beraksi di Terbuka India tetapi mungkin ia akan meletihkan saya jika beraksi dalam dua kejohanan berturut-turut.
“Fokus saya sudah pastinya saingan Terbuka Malaysia kerana saya mahu memenanginya buat kali ke-12 tetapi masih ada masa lagi sebelum keputusan dibuat. Jadi, kita tunggu dan lihat,” kata Chong Wei yang kembali menjalani latihan kelmarin biarpun baru tiba dari Birmingham sehari sebelum itu.
Sebelum saingan Seluruh England, Chong Wei, 35, mengalami kecederaan lutut dan bergelut untuk pulih bagi membolehkan dia berlepas ke Birmingham.
Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu menegaskan keutamaannya tahun ini adalah jelas dan dia mahu menutup mulut pengkritik.
“Ramai orang di luar sana menyuruh saya bersara kerana mereka fikir saya sudah tua tetapi saya mahu buktikan yang mereka silap. Tahun ini, saya hanya bermain dalam kejohanan yang terpilih kerana fokus utama adalah memenangi gelaran Kejohanan Dunia (di Glasgow, Scotland, Ogos depan).
“Saya tidak boleh mengalami kecederaan lagi, jadi saya perlu lebih berhati-hati kerana sekarang proses pemulihan memakan masa yang lama,” katanya yang sekadar muncul naib juara tiga Kejohanan Dunia iaitu pada 2011 di London, 2013 (Guangzhou) dan 2015 (Jakarta).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mRR5DH✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

dengan itu Perkara Chong Wei Mungkin Tak Jadi Ke New Delhi
Kini anda membaca artikel Chong Wei Mungkin Tak Jadi Ke New Delhi dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/chong-wei-mungkin-tak-jadi-ke-new-delhi.html
0 Response to "Chong Wei Mungkin Tak Jadi Ke New Delhi"
Catat Ulasan