Tajuk : BNM, SPRM, LHDN Kerjasama Tangani Jenayah Kewangan
link : BNM, SPRM, LHDN Kerjasama Tangani Jenayah Kewangan
BNM, SPRM, LHDN Kerjasama Tangani Jenayah Kewangan
Spread the love
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini meningkatkan kerjasama strategik dalam usaha mencegah jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.
Sinergi daripada kerjasama ketiga-tiga agensi tersebut akan memperkukuh sistem kewangan di samping meningkatkan hasil pendapatan negara dan membina negara yang bebas daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa.
“Usaha yang diambil oleh ketiga-tiga agensi ini bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik untuk mengekang jenayah kewangan, terutamanya yang melibatkan rasuah dan pengelakan cukai.
“Ketiga-tiga agensi menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan institusi kewangan tidak dijadikan saluran untuk menyalurkan hasil yang diperoleh daripada jenayah kewangan,” menurut ketiga-tiga pihak itu dalam kenyataan bersama di sini, hari ini.
Komitmen itu diputuskan semasa mesyuarat antara Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah hari ini.
Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata kerjasama itu akan membendung penyaluran hasil perolehan wang haram dan transaksi haram melalui sistem kewangan.
“Perkara ini penting bagi mengekalkan integriti dan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan Malaysia,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata usaha itu turut membolehkan pertukaran maklumat berhubung siasatan di samping memperkukuh amalan terbaik setiap agensi tersebut memandangkan masing-masing mempunyai cabaran tersendiri dalam menangani jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata kerjasama strategik tersebut merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan ketirisan cukai akibat jenayah kewangan. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Spread the love
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini meningkatkan kerjasama strategik dalam usaha mencegah jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.
Sinergi daripada kerjasama ketiga-tiga agensi tersebut akan memperkukuh sistem kewangan di samping meningkatkan hasil pendapatan negara dan membina negara yang bebas daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa.
“Usaha yang diambil oleh ketiga-tiga agensi ini bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik untuk mengekang jenayah kewangan, terutamanya yang melibatkan rasuah dan pengelakan cukai.
“Ketiga-tiga agensi menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan institusi kewangan tidak dijadikan saluran untuk menyalurkan hasil yang diperoleh daripada jenayah kewangan,” menurut ketiga-tiga pihak itu dalam kenyataan bersama di sini, hari ini.
Komitmen itu diputuskan semasa mesyuarat antara Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua
Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata kerjasama itu akan membendung penyaluran hasil perolehan wang haram dan transaksi haram melalui sistem kewangan.
“Perkara ini penting bagi mengekalkan integriti dan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan Malaysia,” katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata usaha itu turut membolehkan pertukaran maklumat berhubung siasatan di samping memperkukuh amalan terbaik setiap agensi tersebut memandangkan masing-masing mempunyai cabaran tersendiri dalam menangani jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata kerjasama strategik tersebut merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan ketirisan cukai akibat jenayah kewangan. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara BNM, SPRM, LHDN Kerjasama Tangani Jenayah Kewangan
Kini anda membaca artikel BNM, SPRM, LHDN Kerjasama Tangani Jenayah Kewangan dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/bnm-sprm-lhdn-kerjasama-tangani-jenayah.html
0 Response to "BNM, SPRM, LHDN Kerjasama Tangani Jenayah Kewangan"
Catat Ulasan