Tajuk : Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’
link : Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’
Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’
Pertemuan Donald Trump dengan putera raja Arab Saudi, Mohammad bin Salman, berakhir dengan kata-kata pujian Arab Saudi untuk presiden Amerika Syarikat, di samping sokongan terhadap langkah Trump mengharamkan pelawat dari beberapa negara Islam.
“Arab Saudi tidak percaya langkah itu menyasarkan negara umat Islam atau agama Islam. Ia adalah keputusan berdaulat bertujuan menghalang pengganas memasuki Amerika Syarikat,” kata seorang penasihat kanan Putera Mohammad dipetik Bloomberg.
Januari lalu, Trump melarang pelarian Syria memasuki AS, selain melaksanakan sekatan 120 hari untuk mana-mana pelarian, dan 90 hari bagi rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
Tindakan Trump itu, yang memenuhi janji sewaktu kempen pilihan raya presiden tahun lalu, menerima kecaman antarabangsa dari Jerman, Britain, Perancis dan Kanada, dan juga aktivis dan pengamal undang-undang AS.
‘Sahabat sejati umat Islam’
Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1
The post Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’ appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYWDg5✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

“Presiden Trump dan Putera Mohammad berkongsi pandangan mengenai ancaman kemaraan Iran di rantau itu. Iran cuba mendapatkan pengiktirafan di mata dunia Islam dengan menyokong organisasi pengganas dengan tujuan mahu sampai ke Mekah, kiblat umat Islam sedunia…,” kata penasihat kanan Mohammad.
Malah, Putera Mohammad juga menyifatkan Trump seorang “sahabat sejati Islam”, katanya.
“Selepas pertemuan itu, beliau berpuas hati dengan sikap positif dan penjelasan yang diberikan Presiden Trump berkenaan pandangannya mengenai Islam, yang jauh berlawanan daripada apa yang diberitakan media.
“Putera Mohammad menganggap Presiden Trump seorang sahabat sejati umat Islam yang bakal berkhidmat kepada dunia Islam dengan cara yang belum pernah dibayangkan,” tambah penasihat putera itu, sambil membidas media yang cuba menggambarkan Trump seorang anti-Islam.
Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1
The post Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’ appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYWDg5✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’
Kini anda membaca artikel Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’ dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/arab-saudi-puji-trump-sahabat-sejati.html
0 Response to "Arab Saudi puji Trump ‘sahabat sejati Islam’"
Catat Ulasan