Loading...

Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama

Loading...
Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama
link : Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama

lihat juga


Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama


JERLUN - Umno menjangkakan bahawa parti itu akan bersatu dan bersama dengan Pas dalam soal Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun Umno dan parti Islam itu sering tidak sependapat, tetapi apabila tiba soal perhitungan agama khususnya RUU355 kedua-dua parti itu akan bersatu demi menjaga kepentingan serta kedaulatan agama.

“Politik itu politik, tetapi agama itu lebih tinggi daripada politik. Tak lama lagi kita akan tengok apabila RUU355 nak memperkasakan mahkamah syariah, bila sampai bab agama itu, politik parti di bawah dan agama perlu berada di atas.

“Apabila agama perlukan pembelaan, kita akan lihat dalam Parlimen siapa yang akan membela Islam. Adakah DAP akan sokong? Adakah parti cap bunga akan sokong ataupun PKR akan sokong? Mereka tidak akan sokong sebab mereka ada perhitungan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena siri jelajah penerangan Umno pusingan ketiga di pekarangan Dewan JKKK Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini, kelmarin.
Menurutnya, apabila sampai pada soal agama, bangsa dan negara, maka kebergantungannya adalah kepada Umno.

“Kita berpolitik bukan kerana saja-saja seronok nak perintah parti, kita tidak boleh berpolitik hanya soal dendam peribadi, kita tidak bermain politik kerana kebetulan ikut mak ayah semata-mata, kita tidak bermain parti kebetulan orang suruh, kita semua terlibat dengan politik kerana dari sudut kehidupan beragama kita sedang tunaikan fardhu kifayah,” katanya.

Jelasnya, politik itu merupakan sebahagian daripada ibadah dan ibadah tidak boleh dibuat main-main dan tak boleh dibuat ikut perasaan. Ia bukan dilakukan kerana sayangkan kepada individu tertentu dan bukan soal jasa pemimpin tertentu.

Dalam perkembangan lain, Annuar mengakui kasih sayangnya dan rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berubah meskipun tokoh pemimpin itu kini tidak lagi berada dalam Umno.

JERLUN - Umno menjangkakan bahawa parti itu akan bersatu dan bersama dengan Pas dalam soal Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun Umno dan parti Islam itu sering tidak sependapat, tetapi apabila tiba soal perhitungan agama khususnya RUU355 kedua-dua parti itu akan bersatu demi menjaga kepentingan serta kedaulatan agama.

“Politik itu politik, tetapi agama itu lebih tinggi daripada politik. Tak lama lagi kita akan tengok apabila RUU355 nak memperkasakan mahkamah syariah, bila sampai bab agama itu, politik parti di bawah dan agama perlu berada di atas.

“Apabila agama perlukan pembelaan, kita akan lihat dalam Parlimen siapa yang akan membela Islam. Adakah DAP akan sokong? Adakah parti cap bunga akan sokong ataupun PKR akan sokong? Mereka tidak akan sokong sebab mereka ada perhitungan politik,”
Loading...
katanya.

Beliau berkata demikian sempena siri jelajah penerangan Umno pusingan ketiga di pekarangan Dewan JKKK Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini, kelmarin.
Menurutnya, apabila sampai pada soal agama, bangsa dan negara, maka kebergantungannya adalah kepada Umno.

“Kita berpolitik bukan kerana saja-saja seronok nak perintah parti, kita tidak boleh berpolitik hanya soal dendam peribadi, kita tidak bermain politik kerana kebetulan ikut mak ayah semata-mata, kita tidak bermain parti kebetulan orang suruh, kita semua terlibat dengan politik kerana dari sudut kehidupan beragama kita sedang tunaikan fardhu kifayah,” katanya.

Jelasnya, politik itu merupakan sebahagian daripada ibadah dan ibadah tidak boleh dibuat main-main dan tak boleh dibuat ikut perasaan. Ia bukan dilakukan kerana sayangkan kepada individu tertentu dan bukan soal jasa pemimpin tertentu.

Dalam perkembangan lain, Annuar mengakui kasih sayangnya dan rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berubah meskipun tokoh pemimpin itu kini tidak lagi berada dalam Umno.


dengan itu Perkara Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama

yang semua artikel Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/annuar-musa-umno-pas-akan-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama"

Catat Ulasan

Loading...