Loading...
Tajuk : Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias
link : Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias
Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias
PENERBIT filem terkenal, Datuk Rafiena Ezanee Ramli nekad memfailkan saman tuntutan terhadap pelakon dan pengacara tempatan, Didie Alias.
Menurut laporan media, ia berhubung dengan tiga tuntutan yang pernah dikemukakan pada 21 Februari lalu.
Bagaimanapun menurut Didie, dia telah berbincang dengan Rafiena secara baik agar kes itu diselesaikan luar mahkamah namun, Rafiena enggan bahkan ingin terus membabitkan saluran undang-undang.
“Saya berasakan apa yang berlaku bukan masalah besar dan boleh diselesaikan cara baik. Lagipun kami sudah bercakap dan berbincang mengenai perkara ini, tapi tak tahu kenapa dijadikan isu pula.
“Apabila dia mengemukakan tiga tuntutan itu, saya terima dengan terbuka. Saya berada di pihak benar, jadi tak ada apa perlu ditakutkan. Saya juga sudah serah perkara ini kepada peguam saya.
“Saya sudah lakukan sehabis baik mengikut skop kerja yang diberikan. Tapi mungkin disebabkan sedikit masalah kecil membuatkan proses kerja itu tak berjalan lancar.
“Saya tak kisah kerana siapa yang mengenali saya pasti lebih tahu bagaimana saya bekerja. Saya tetap dengan pendirian tak bersalah,” katanya kepada Harian Metro.
Rafiena sebagai pemilik syarikat produksi Darkwave Sdn. Bhd. (Darkwave) dilaporkan telah menfailkan tiga tuntutan antaranya kerugian, cara kerja yang sambil lewa dan trauma yang dihadapi penerbit itu.
Ia berhubung dengan hasil kerja Didie selaku penerbit eksekutif bagi drama Syurgaku Tak Sempurna. Difahamkan, hubungan Didie dan Rafiena mula renggang sejak akhir tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

dengan itu Perkara Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias
yang semua artikel Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.
Kini anda membaca artikel Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/alami-kerugian-datuk-rafiena-saman.html
0 Response to "Alami Kerugian, Datuk Rafiena Saman Didie Alias"
Catat Ulasan