Loading...

5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid

Loading...
5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : 5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid
link : 5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid

lihat juga

5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah menghantar surat tujuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kita ini dalam sebuah negara demokrasi. Kita tiada masalah sesiapa mahu sokong siapa. Tetapi yang masalah adalah dia sebagai penjawat awam naik ke pentas pembangkang dan keluarkan ucapan menghentam kerajaan, sedangkan dia adalah penjawat awam.

“Kalau sampai ke tahap itu, itulah yang saya maksudkan baik dia berhentilah daripada menjadi guru,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 peratus’ di sini hari ini.

Semalam, Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.

Beliau berkata semua guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah-perintah Am dalam perkhidmatan awam dan hal ini berkait dengan salah laku sebagai penjawat awam.

Mahdzir berkata di pihak kementerian, pendekatan yang akan diambil adalah dengan memberi nasihat kepada guru yang terlibat.

“Saya ini pun bukanlah ganas sangat. Kalau boleh saya tak mahulah sampai perlu mengambil tindakan. Kita lebih utamakan ‘engagement’ sekiranya mereka mahu mendengar,” jelas beliau.

Menyentuh tentang kritikan penjawat awam terhadap kerajaan di media sosial, Mahdzir berkata prinsip kerajaan adalah sama iaitu tidak menghalang teguran tetapi janganlah ia sampai digunakan sebagai medan menyebarkan fitnah. – BERNAMA

id="more">

dengan itu Perkara 5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid

yang semua artikel 5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel 5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/5-guru-diberi-surat-tunjuk-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid"

Catat Ulasan

Loading...