Loading...

270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini

Loading...
270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : 270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini
link : 270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini

lihat juga

270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 270,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional telah diedarkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada dua juta set dekoder percuma yang diperuntukkan untuk isi rumah terpilih khusus bagi golongan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negara.

“Maknanya proses migrasi (peralihan) kepada siaran televisyen (TV) digital ini bergerak sepertimana direncanakan untuk beroperasi sepenuhnya pada Jun 2018.

“Migrasi ini membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menikmati siaran TV digital. Setakat ini ada 10 pemain industri terlibat antaranya Bernama News Channel, Media Prima, TV Al-Hijrah dan Radio Televisyen Malaysia (RTM),” katanya.

Jailani berkata demikian selepas merasmikan Simposium Penyiaran Digital Persatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) 2017, di sini hari ini yang melibatkan 850 peserta dari dalam dan luar negara.

Sebanyak 63 pempamer menyertai simposium selama empat hari yang bermula semalam, paling banyak sejak diperkenalkan 13 tahun lepas dengan tema ‘Digitise, Digitalise and Dominate’.

Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional menggunakan sistem Televisyen Terestrial Digital (DTT) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu diselia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Projek inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu dilaksanakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Jailani berkata pelbagai program telah dirangka bagi memastikan hasrat untuk beralih daripada analog kepada digital direalisasikan sepenuhnya tahun depan.

“MYTV telah diamanahkan supaya memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan pada 2018. Menerusi fasa pertama, sebanyak 14 menara pemancar telah dibina. MYTV kini dalam fasa kedua iaitu membina 46 menara baharu di beberapa negeri terlibat iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.

Mengenai simposium itu, Jailani berkata ia menjadi platform kepada peserta daripada industri berkenaan untuk berkongi pandangan dan maklumat berkaitan. – BERNAMA

dengan itu Perkara 270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini

yang semua artikel 270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel 270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/270000-set-dekoder-mytv-telah-diedar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "270,000 Set Dekoder MYTV Telah Diedar Setakat Ini"

Catat Ulasan

Loading...