Tajuk : 2 Ketua Balai Polis, 10 Penguat Kuasa Ditahan Rasuah
link : 2 Ketua Balai Polis, 10 Penguat Kuasa Ditahan Rasuah
2 Ketua Balai Polis, 10 Penguat Kuasa Ditahan Rasuah
WANG tunai dan barangan berharga yang dirampas dalam serbuan itu. – Foto ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Dua ketua balai polis daerah Kajang dan Sungai Buloh, Selangor bersama 10 lagi anggota penguat kuasa pelbagai agensi yang melindungi pusat urut haram di sekitar negeri ini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Mereka yang ditahan dalam operasi pada jam 9 pagi itu, dua ketua balai berpangkat inspektor; anggota polis (5); Bomba (4) serta seorang pegawai sebuah majlis perbandaran.
Mereka yang berusia antara 26 dan 53 itu ditahan di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.
Sumber berkata, hasil risikan yang dijalankan hampir tiga bulan itu, suspek didapati menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha rumah urut haram di Kajang dan Sungai Buloh.
Katanya, semua suspek adalah penguat kuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang seperti tidak memiliki lesen, menggajikan pendatang tanpa izin dan juga melanggar aspek keselamatan kebakaran.
“Sebaliknya, suspek menyalahgunakan kuasa dengan mengutip wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap rumah urut yang dilindungi mereka.
“SPRM turut merampas wang tunai RM25,000 daripada salah seorang ketua balai polis itu di rumah dan pejabatnya ,” katanya
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tangkapan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM.
Katanya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam esok untuk dapat perintah reman.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nflA7Z✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
WANG tunai dan barangan berharga yang dirampas dalam serbuan itu. – Foto ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Dua ketua balai polis daerah Kajang dan Sungai Buloh, Selangor bersama 10 lagi anggota penguat kuasa pelbagai agensi yang melindungi pusat urut haram di sekitar negeri ini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Mereka yang ditahan dalam operasi pada jam 9 pagi itu, dua ketua balai berpangkat inspektor; anggota polis (5); Bomba (4) serta seorang pegawai sebuah majlis perbandaran.
Mereka yang berusia antara 26 dan 53 itu ditahan di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.
Sumber berkata, hasil risikan yang dijalankan hampir tiga bulan itu, suspek didapati menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha rumah urut haram di Kajang dan Sungai
Katanya, semua suspek adalah penguat kuasa yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang seperti tidak memiliki lesen, menggajikan pendatang tanpa izin dan juga melanggar aspek keselamatan kebakaran.
“Sebaliknya, suspek menyalahgunakan kuasa dengan mengutip wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap rumah urut yang dilindungi mereka.
“SPRM turut merampas wang tunai RM25,000 daripada salah seorang ketua balai polis itu di rumah dan pejabatnya ,” katanya
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tangkapan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM.
Katanya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam esok untuk dapat perintah reman.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nflA7Z✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
dengan itu Perkara 2 Ketua Balai Polis, 10 Penguat Kuasa Ditahan Rasuah
Kini anda membaca artikel 2 Ketua Balai Polis, 10 Penguat Kuasa Ditahan Rasuah dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/03/2-ketua-balai-polis-10-penguat-kuasa_13.html
0 Response to "2 Ketua Balai Polis, 10 Penguat Kuasa Ditahan Rasuah"
Catat Ulasan