Loading...

Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal

Loading...
Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal - Apa khabar sahabat TIMES NEW MALAYSIA, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal, kami telah menyediakan dengan baik untuk artikel ini anda membaca dan memuat turun maklumat di dalamnya. mudah-mudahan mengisi jawatan Artikel BOLASEPAK, Artikel JAWATAN KOSONG, Artikel NEWS, Artikel PERNIAGAAN, kita menulis ini, anda boleh memahami. Nah, selamat membaca.

Tajuk : Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal
link : Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal

lihat juga

Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang rumahnya di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata remaja itu mendakwa menemui bayi lelaki yang dibalut kain hitam dan masih bertali pusat itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati remaja itu yang merupakan anak perempuan pemilik rumah berada dalam keadaan mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Supramaniam berkata remaja itu akhirnya mengaku melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada pukul 6.45 pagi.

Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelakinya.

Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia terjumpa bayi tersebut pada jeriji tingkap belakang rumahnya.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun iaitu teman lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya remaja itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. – BERNAMA

dengan itu Perkara Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal

yang semua artikel Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal Kali ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Okay, jumpa di lain post artikel.

Kini anda membaca artikel Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal dengan alamat pautan https://timesnewmalaysia.blogspot.com/2017/02/cubaan-remaja-buang-bayi-di-belakang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cubaan Remaja Buang Bayi di belakang Rumah Gagal"

Catat Ulasan

Loading...